Friday, September 3, 2010

lelabah....dan buffet ramadhan !!!

assalamualaikum !!! hari baik bulan baik...kita berpuasa! disebabkan keje yg tak putus2 tiba...so blog ni terbiar seketika. so ada seekor lelabah sudah masuk buat sawang sana skit....sini skit....sana skit...sini skit ahahaha... Hadoi tak tahan ni. baik cas yuran kat en labah2 ni pun ok hohoho...hari ini nak cerita pasal isu arak dlm masakan. apakah definisi arak dan bagaimana plak jika dipandang dari sudut agama...
arak- minuman yg melalui proses fermentasi+hasilkan gas CO2 dan ada juga yg melalui proses distillasi...minum yg berlebihan akan memudaratkan seseorang +menjejaskan pertimbangan akal fikiran.

SO...apa kes di bulan ramadhan? yg mana ramai umat Islam meraikan kedatangan saat berbuka dgn buffet di hotel yg rata2 mempromosikan buffet ramadhan... Jakim mengambil langkah positif dengan memeriksa premis2 yg bersekongkol dlm edaran arak2 dlm masakan.


SOALAN 1 : kalo dalam masakan...mana ada mabuk!! lagipun utk menyedapkan rasa ajer...

SOALAN 2: dari dulu lagi kita pakai perasa ni..takde jadi apa2 pun kat kami....

ok jawapan nyer ( baik dari sudut ilmiah dan psikologi )
Meminum arak adalah haram, Firman Allah SWT " Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berkorban utk berhala dan mengundi nasib dgn panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan" (Al-Maidah 5:90)
dan
Sabda Rasullullah pula " apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit" (Riwayat Ibnu Majjah)

So dah ada firman dan sabda itew, maka jauhilah arak. bukan disebabkan kuantiti sedikit tu tak memabukkan tapi....
a. memberi kesan psikologi bahawa arak itu mmg blh diminum.
b. memberi kesan kepada jiwa dan iman (terkikis iman)
c. mempengaruhi rakan/keluarga persekitaran...
d. imej muslim/muslimah terhakis!!
( kesan buruk arak takyah citer...korang pun taw hahaha)

so jagalah perkara kecik2 ni. sebab perkara kecik2 ni lah yg merebak dan jadi tak terkawal kelak. DCMC ucapkan selamat hari lahir kepada diri sendiri hari ni ahahaha ( dah setahun lebih muder )

fadzly signing out !!!

1 comment:

  1. lain kali nak post "substitute items to replace alcohol in culinary aspects...."
    sekian ...trimas !!!

    ps: luper nak masuk sebelum publish tadi ahahaha

    ReplyDelete