Showing posts with label Personal and Travel Blog. Show all posts
Showing posts with label Personal and Travel Blog. Show all posts

Monday, August 30, 2010

eh aper nih??

disebabkan lama sgt dok di negara orang...kian lufer kepada kereta yg ada kat umah mesia ahahahaa. celik punyer celik...cari punye cari...TADA !!!

EH APER NIH ??



here are some renderings of the new Lancer based Proton Waja from Theophilus Chin. It looks like the car has been given a sexed up look compared to its predecessor...

(CREDIT TO PAUL TAN) from http://fooyoh.com/car_news/5180915

ps: hati sudah terusik ...sapa nak tanggungjawab haaa ekekeke...

fadzly signing out !! ( amboi rajinyer sampai 3 posts ari ni hahaha )

Salam Kemerdekaan !!!

Kali ni DCMC nak khabor kat semua bahawasanya bersyukurlah dgn anugerah kemerdekaan negara kita. Byk dah kemajuan dah dicapai sejak tempoh 1957 dan dah setanding dengan negara2 membangun yg lain (yg amik masa berkurun utk mengecapi tahap ini). ewah...bukan apa, anak2 post merdeka aka anak2 cyber ni, DCMC tengok sgt la kurang tahap patriotiknyer. SALAH SIAPA ? mak bapak? cikgu2? pendidik, media? or kerajaan ker?

Ni pandangan peribadi saya ajer: semangat kemerdekaan ni sudah luput dilupai sebab penghayatan setiap genap masyarakat sudah beralih ke era pembangunan. Lupakan yg lama...beralih ke arah baru. teknologi kian penting....apa guna sejarah !! tu yg bermain dlm fikiran anak2 muda sekarang... " buat apa tgk cerita lama...baik layan HD avatar ker....hahaha". sociolists and liberalism dah take over mindset golongan majoriti tempatan, so tak hairan lah kenapa sambutan kemerdekaan tahun ni sgt lah suram. especially kat KUANTAN. alahai malunyer saya sebagai warga kuantan kerana thn ni lah keluarnyer paper mengatakan TIADA SAMBUTAN KEMERDEKAAN di kuantan.

Penghayatan bukan sekadar mengibarkan bendera.
Sambutan bukan untuk mempromosikan negara.
Kemerdekaan adalah utk kita muhasabah diri sendiri atas perjuangan pahlawan merdeka...

saya menyeru kepada semua termasuk diri ini supaya tidak lupe jasa dan titik peluh mereka yg rebah memperjuangkan nasib negara. Bila adik saya post tag cerita 1957 Hati Malaya, hati saya tersentuh sebab jalan cerita yg mengambil essense perjuangan + watak Tuanku Abdul Rahman (byk kajian dibuat sebelum watak ini diberi nafas dan jiwa - termasuk dgn melawat dan ziarah rakan2 tuanku utk penghayatan watak...)

errr ni cerita bendera plak ... mmg tiap2 tahun ramai yg kibar bendera. tapi lepas 2-3 hari, bendera tu terus dibiarkan di tempat tu sampai berkulat dan reput. ada dlm sokabor mengatakan bahawa KUANTAN lagi yg femes dgn hal ini...hadoiiii. Di negara barat Eropah, bendera dianggap cam azimat ( bukan azimah yer ekekeke), maksudnyer selepas sehari dikibarkan, terus lipat-simpan !! sok bukak dan kibarkan kembali...begitu lah citernyer. Jiran2 kat SWISS ni pun hari2 dok kibar bendera SWISS di umah diorang sebagai tanda hormat dan takzim. Belum pun buruk DCMC tgk bendera tu...dah ditukar ke bendera yg baru... (alah comot skit jer...terus tukar hahaha)

SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA ~~ 1Malaysia menjana transformasi

fadzly signing out !!

Friday, August 20, 2010

First entry...in the library !!

Hi dan Salam Ramadhan Al Mubarak !!
to tell the truth...i'm quite envied coz my wife has been very...veryyyy succesful in blogging arena, which fused me with enthusiasm and will to write something. It has been a while since i have this thought ~ as a note to self, to chart my educational progress, to cherish my family, as a link to my friends and most of all..my passion towards cooking.

Sesungguhnya, my wife mmg or should say LAGI TERRER di dapur when it comes with malay cuisine which i like about. I can never be to her level in term of determination and improvisation. Whenever we are together in the same kitchen...CLASH of TITANS happens ( korang dah tengok kah citer nih ? best wooo ) Anyway, its like a curse or something that there cant have more cooks in the kitchen. Well, tu yg diorang cakap kan " More cooks will spoil the broth ! " Citer pasal my wife nanti la disambungkan. Nak taw lebih lanjut...meh masuk link kat sini > NAQIES or > FMNAQIES

Herewith, saya akan cuba sedaya upaya utk berkongsi pengalaman dan idea dalam kulinari ( jgn jadi kuli dah ler ahahaha ) dan korang ( pembaca setia ) diminta utk memberi feedback so that sama2 kita perolehi manfaat baik dari segi ilmiah dan juga praktikal. I will personally shared my experienced cuisine testings around European areas especially in Switzerland where i reside with my family now. Kami pun dah dok sini quite awhile since 2009. Mujur alhamdullilah !! dapat biasiswa HLP2009 utk sambung Masters level kat University Centre of Cesar Ritz kat Swiss. Skarang ni tgh stuck with dissertation ...hadoi...tak senang gak rupernyer ;)

Apa2 pun, bersyukur kepadaNya !! semoga apa yang diserahkan kepada saya dan keluarga moga dapat saya kongsi utk korang semua. Saya percaya atas keberkatan ilmu dan pengalaman!! So start esok, kita akan tengok tentang ...er...er...tentang apa hek ?? ahahaha !! mlm ni difikirkan lah.

BTW....kalo merapu2 tu saya wat dlm BM la yer. Kalo masuk isu+ilmiah+praktical tu dibuat dlm English. Bukan menidakkan bahasa ibunda tapi kita mesti upgrade skit level international dan look at different perspective in order to increase knowledge parameter ( la dah ckp omputih plak dah !! ).

Saya sudahi entri pertama dgn lafaz alhamdullillah !! saya sudahpun mempunyai satu blog
( walaupun bodo ghupernyer !! ahahaha )

semat betoi yg warna oren tuh....


fadzly signing out !! 15.51.20082010 swiss time ...