Kali ni DCMC nak khabor kat semua bahawasanya bersyukurlah dgn anugerah kemerdekaan negara kita. Byk dah kemajuan dah dicapai sejak tempoh 1957 dan dah setanding dengan negara2 membangun yg lain (yg amik masa berkurun utk mengecapi tahap ini). ewah...bukan apa, anak2 post merdeka aka anak2 cyber ni, DCMC tengok sgt la kurang tahap patriotiknyer. SALAH SIAPA ? mak bapak? cikgu2? pendidik, media? or kerajaan ker?
Ni pandangan peribadi saya ajer: semangat kemerdekaan ni sudah luput dilupai sebab penghayatan setiap genap masyarakat sudah beralih ke era pembangunan. Lupakan yg lama...beralih ke arah baru. teknologi kian penting....apa guna sejarah !! tu yg bermain dlm fikiran anak2 muda sekarang... " buat apa tgk cerita lama...baik layan HD avatar ker....hahaha". sociolists and liberalism dah take over mindset golongan majoriti tempatan, so tak hairan lah kenapa sambutan kemerdekaan tahun ni sgt lah suram. especially kat KUANTAN. alahai malunyer saya sebagai warga kuantan kerana thn ni lah keluarnyer paper mengatakan TIADA SAMBUTAN KEMERDEKAAN di kuantan.
Penghayatan bukan sekadar mengibarkan bendera.
Sambutan bukan untuk mempromosikan negara.
Kemerdekaan adalah utk kita muhasabah diri sendiri atas perjuangan pahlawan merdeka...
saya menyeru kepada semua termasuk diri ini supaya tidak lupe jasa dan titik peluh mereka yg rebah memperjuangkan nasib negara. Bila adik saya post tag cerita 1957 Hati Malaya, hati saya tersentuh sebab jalan cerita yg mengambil essense perjuangan + watak Tuanku Abdul Rahman (byk kajian dibuat sebelum watak ini diberi nafas dan jiwa - termasuk dgn melawat dan ziarah rakan2 tuanku utk penghayatan watak...)
errr ni cerita bendera plak ... mmg tiap2 tahun ramai yg kibar bendera. tapi lepas 2-3 hari, bendera tu terus dibiarkan di tempat tu sampai berkulat dan reput. ada dlm sokabor mengatakan bahawa KUANTAN lagi yg femes dgn hal ini...hadoiiii. Di negara barat Eropah, bendera dianggap cam azimat ( bukan azimah yer ekekeke), maksudnyer selepas sehari dikibarkan, terus lipat-simpan !! sok bukak dan kibarkan kembali...begitu lah citernyer. Jiran2 kat SWISS ni pun hari2 dok kibar bendera SWISS di umah diorang sebagai tanda hormat dan takzim. Belum pun buruk DCMC tgk bendera tu...dah ditukar ke bendera yg baru... (alah comot skit jer...terus tukar hahaha)
SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA ~~ 1Malaysia menjana transformasi
fadzly signing out !!
No comments:
Post a Comment